BIAR SI DIA MILIK MU SELAMANYA

May 27, 2008

Kamu telah terpikat kepada seseorang. Si dia benar-benar menepati citarasa kamu. Kamu pandai berjenaka dan mempunyai rupa paras yang menarik. Kamu tahu si dia adalah pasangan paling ideal untuk mu. Suatu hari, teman baik kamu telah memberitahu si dia bahawa kamu amat meminatinya. Rupanya kamu tidak bertepuk sebelah tangan. Bunga cinta pun berputik. Namun demikian, ini bukan masalahnya. Masalahnya ialah bagaimana kamu dapat memastikan perhubungan istimewa dengan si dia kekal indah dan mesra?

Memang benar kata orang bahawa jatuh cinta itu amat mudah sekali. Bagaimana pun, ada kalanya perhubungan istimewa juga boleh mendatangkan kekeliruan. Oleh itu, jatuh cinta memang mudah tapi perhubungan selepas itu adalah antara permasalah yang memeningkan. Percintaan tidak selalunya indah jika tiada kerjasama antara dua pihak: kamu dan si dia! Selain itu, perhubungan juga ada kalanya dilanda masalah yang tidak pernah kamu sangkakan. Read the rest of this entry »